Mahasiswa Malaysia UIN Raden Fatah Palembang Raih Prestasi di Piala Duta Besar 2025 Jambi
HUMAS - UINRF -- Mahasiswa Asing asal Malaysia Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang turut ambil bagian dalam Program Piala Duta Besar (DUBES) 2025 yang berlangsung meriah selama tiga hari, mulai 14 hingga 16 November di Provinsi Jambi. Acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh PKPMI Pusat dengan kerjasama EMI Education Malaysia–Indonesia ini bertujuan mengumpulkan serta mengeratkan hubungan mahasiswa Malaysia yang berada di seluruh Kepulauan Sumatera.
Program berskala besar tersebut menghimpunkan seramai 137 mahasiswa Malaysia dari pelbagai cawangan, termasuk Jambi selaku tuan rumah, serta delegasi dari Palembang, Padang, Pekanbaru, Medan, dan Aceh. Sepanjang penganjuran, para peserta menyertai pelbagai pertandingan sukan dan permainan tradisional seperti badminton, futsal, pingpong, Rubik’s Cube, congkak, catur (chess), dan sukan rakyat. Suasana kompetitif turut berpadu dengan nuansa kekeluargaan yang memperlihatkan eratnya hubungan mahasiswa Malaysia di Sumatera.
Majlis semakin diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Dato' Syed Mohamad Hasrin bin Tengku Hussin, yang menyampaikan penghargaan atas usaha PKPMI dan EMI dalam memperkukuh jaringan mahasiswa Malaysia di rantau Sumatera. Ia menegaskan bahwa penganjuran acara seperti DUBES 2025 memainkan peranan penting dalam memperkuat ukhuwah dan identiti mahasiswa Malaysia di luar negara.
“Program ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi wadah memperkukuh ukhuwah dan identiti mahasiswa Malaysia di luar negara,” ujarnya.
Dalam pertandingan yang berlangsung, Mahasiswa Asing asal Malaysia UIN Raden Fatah Palembang mencatatkan pencapaian cemerlang dengan meraih sejumlah kemenangan di berbagai kategori. Pencapaian tersebut meliputi Naib Johan Badminton Perseorangan Lelaki yang dimenangi oleh Fahmi Che Mat, serta Tempat Ketiga Badminton Perseorangan Perempuan oleh Zinnirah. Dalam kategori Rubik’s Cube, Fahmi kembali menorehkan prestasi sebagai Naib Johan kategori lelaki, sementara Zinnirah muncul sebagai Johan kategori perempuan. Untuk acara Chess Perempuan, Amni Humaira’ meraih gelaran Johan. Prestasi lainnya datang dari Takiyuddin yang menjadi Naib Johan Congkak Lelaki, dan Anis Hannani yang berjaya meraih Johan Congkak Perempuan. Pada kategori PUBG Mobile, Syikini Squad yang beranggotakan Nasruddin, Fathi, Fahmi, Amni, dan Asykin berhasil merebut Tempat Ketiga. Sementara itu, Fahmi Che Mat kembali mengharumkan nama cawangan dengan menjadi Naib Johan E-Football Mobile. Dalam Sukan Rakyat, keseluruhan PKPMI Palembang meraih Tempat Ketiga.
Penganjuran Piala Duta Besar 2025 bukan sahaja mempamerkan semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa, tetapi turut menjadi platform memperkukuh ukhuwah, kepimpinan, dan identiti mahasiswa Malaysia di perantauan. Semangat saling menyokong sesama cawangan terlihat kuat sepanjang kegiatan berlangsung.
Acara penutupan berlangsung di Aula Rumah Dinas Gubernur Kota Jambi, disambut hangat oleh Wakil Gubernur Kota Jambi. Penyampaian hadiah kepada para pemenang berlangsung meriah, diikuti sesi bergambar bersama seluruh peserta. Momen tersebut menandakan berakhirnya penganjuran DUBES tahun ini dengan penuh semangat dan kenangan manis bagi seluruh mahasiswa yang hadir.
Sumber: PLI UIN Raden Fatah Palembang


